free web page maker

PROFILE SAYA

Nor Amli bin Mohd Daod
Master Dealer Public Gold (PG 017328)
+6 019 - 97 999 19
amlidaod@gmail.com
 
facebook: amlidaod

Salam perkenalan buat semua. Laman web ini saya bangunkan adalah untuk berkongsi ilmu berkenaan PELABURAN EMAS & PERAK yang mungkin boleh memberikan sedikit panduan kepada para pelabur EMAS & PERAK yang mempunyai minat yang sama seperti saya.

Saya juga menghimpunkan dalam laman web ini cara-cara serta teknik-teknik untuk membuat pelaburan yang tepat, selamat, rendah risiko dan menguntungkan.  

Saya mula menceburi Pelaburan Emas & Perak sekitar hujung tahun 2011 lagi dimana harga Emas & Perak berada hampir di kemuncak yang tertinggi. Sehingga sekarang ni, harga Emas & Perak masih belum menembusi harga tertinggi pada tahun tersebut.


Pada masa tu, para Pelabur Emas & Perak sangat sedikit dan kebanyakan dari mereka menjalankan aktiviti Pelaburan Emas & Perak untuk diri sendiri sahaja. Produk yang berada dipasaran pun tidak banyak dan tidak menarik seperti sekarang ni. Barang kemas adalah pilihan paling popular manakala jongkong emas yang bersaiz besar sahaja. Hanya ada beberapa institusi perbankkan yang memperkenalkan akaun Simpanan Emas & Perak. Perkhidmatan Ar-Rahnu pun sangat sedikit.


Sekarang ni kemudahan sangat banyak. Emas mudah didapat dalah saiz yang lebih kecil seperti 0.5 gram dan 1/2 dinar. Akuan Simpanan Emas pun boleh dimulai dengan RM100 atau 1gram. Ini menunjukkan bahawa Pelaburan Emas & Perak boleh diceburi oleh sesiapa sahaja yang benar-benar ingin menjaga nilai Simpanan mereka.