how to create a website for free

Pentingnya
PELABURAN EMAS & PERAK

EMAS & PERAK adalah kekayaan yang sebenar, harganya sentiasa meningkat naik dalam jangka masa panjang, nilainya sangat stabil berbanding wang ringgit. Ketulinan EMAS & PERAK mempunyai nilai yang tinggi serta tidak terjejas dengan kenaikan kadar inflasi atau dengan krisis ekonomi yang berlaku. EMAS & PERAK tetap berharga walau dari segi usia dan zaman mahupun dalam apa bentuk sekali pun.

EMAS & PERAK dijadikan matawang sejak dari zaman dahulu lagi kerana percayakan akan nilai yang terdapat pada logam berharga tersebut. Pada zaman sekarang, para pelabur seluruh dunia menganggap EMAS & PERAK dianggap sebagai Pelaburan Selamat atau 'Safe Haven Assests'.

EMAS & PERAK adalah aset yang terunggul kerana mudah ditunaikan kepada apa sahaja matawang dimana-mana sahaja di seluruh pelusuk dunia. Kewujudan EMAS & PERAK yang unik membuatkan logam berharga ini boleh dijadikan sebagai salah satu aset pelaburan jangka masa panjang yang mampu memberikan pulangan nilai yang tinggi pada masa hadapan.

Sehubungan dengan ini, Pelaburan EMAS & PERAK seharusnya dijadikan alternatif terbaik bagi portfolio pelaburan disamping pelaburan anda yang lain.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia. Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini." © Utusan Melayu (M) Bhd

6 Faktor Penting Sebelum Memulakan Pelaburan EMAS & PERAK

Pilih produk yang sesuai dan mampu memberikan pulangan yang maksimum mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing

1. Kadar Spread yang bermaksud perbezaan harga jual dan beli EMAS & PERAK tersebut. Spread juga dikenali sebagai harga susut nilai EMAS & PERAK tersebut. Kadar spread ini berbeza diantara industri perbankkan dan syarikat pembekal EMAS & PERAK. Kadar spread yang rendah mampu memberikan pulangan yang lebih cepat sekiranya berlaku kenaikan harga EMAS & PERAK tersebut.


2. Harga EMAS & PERAK adalah sama diseluruh dunia kerana EMAS & PERAK diniagakan di seluruh dunia dalam matawang USD/Troy Oz. Harga EMAS & PERAK yang berada dipasaran sangat berbeza berikutan kadar premium yang diletakkan, kadar keuntungan dan caj-caj tertentu yang dikenakan seperti kos tempaan & cetakan, kos insuran serta kos pengangkutan.

 

3. Pilihan antara EMAS & PERAK fizikal atau Akuan Simpanan adalah bergantung kepada kehendak masing-masing. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

3 Faktor diatas berkait rapat yang memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis Pelaburan EMAS & PERAK. Dinasihatkan para pelabur membuat kajian dengan teliti terlebih dahulu. Buat perbandingan diantara pembekal-pembekal EMAS & PERAK yang berada dipasaran. Hubungi saya ditalian +6019 97 999 19 sekiranya perlukan sebarang bantuan.

4. Ketulenan EMAS & PERAK menentukan harga EMAS & PERAK itu sendiri. EMAS & PERAK dalam bentuk jongkong dan DINAR atau DIRHAM mempunyai ketulinan dari 916 (20 karat) sehingga ke 999.9 (24 karat) manakala barang kemas & perhiasan memerlukan ketulenan 916 kebawah.


EMAS yang mempunyai ketulenan 999.9 mempunyai ciri-ciri yang lembut, mudah bercalar dan berwarna kuning sahaja. Campuran logam-logam lain seperti PERAK,

Tembaga dan sebagainya diperlukan untuk menambah kekuatan logam tersebut dan juga untuk memberikan warna yang lebih menarik yang lebih sesuai dibuat barang kemas dan perhiasan.


Hati-hati apabila membeli EMAS & PERAK dari sumber yang kurang dipercayai kerana terdapat banyak penipuan yang sukar dikesan. Sebagai contoh, tungsten adalah logam murah yang biasanya dicampurkan dengan EMAS kerana mempunyai nilai

ketumpatan yang sama dengan EMAS. Mesin desimeter tidak dapat mengesan kehadiran tungsten. Hanya mesin X-RAY XRF sahaja yang dapat membezakan antara EMAS dengan tungsten.


Beli EMAS & PERAK dengan pihak bank atau pembekal dan pengedar yang sah sahaja. Buat semakan dengan teliti terlebih dahulu sebelum membeli EMAS & PERAK.

Ingat ! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

5. Stok yang mudah diperolehi serta jaminan belian semula sangat penting bagi semua pelabur EMAS & PERAK fizikal. Syiling-syiling EMAS & PERAK sangat disukai ramai pelabur kerana kadar spread yang rendah. Oleh kerana permintaan yang sangat tinggi untuk produk tersebut, stok syiling ini sukar diperolehi. Ada juga yang meletakkan syarat yang untuk tidak membuat belian semula EMAS & PERAK sekiranya terdapat kecacatan seperti calar, bengkok, bekas yang yang 



rosak dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini perlu diberikan perhatian sekiranya ingin menjadi pelabur EMAS & PERAK yang berjaya. Proses pembelian dan belian semula juga berbeza diantara pembekal EMAS & PERAK. Cari pembekal yang mempunyai cawangan yang banyak, produk yang diyakini dan diterima banyak pihak seperti Ar-Rahnu serta kedai emas.

6. Modal untuk Pelaburan EMAS & PERAK adalah bergantung pada individu sendiri. EMAS fizikal ada dijual dari 0.5 gram sehingga 1kg manakala PERAK fizikal pula boleh didapati dari 100g sehingga 5kg. DINAR pula terdapat dalam variasi 1/2 dinar sehingga 10 dinar dan DIRHAM pula dalam bentuk 1dirham dan 10 dirham.


Akaun Simpanan EMAS & PERAK boleh dibuat dengan gandaan 1gram mengikut

kemampuan masing-masing. Barang kemas dan perhiasan dari EMAS & PERAK juga sesuai dijadikan sebagai pelaburan cuma susut nilai yang agak tinggi dikenakan apabila membuat belian semula.


Zakat EMAS & PERAK juga perlu diambilkira apabila cukup nisab dan haulnya ataupun cukup urufnya bagi barang kemas.

Pakar kewangan banyak menyatakan, hanya gunakan 10% ~ 30% dari jumlah simpanan masa panjang anda untuk membuat PELABURAN EMAS & PERAK. Elakkan membuat pinjaman untuk membeli EMAS & PERAK sebagai pelaburan.

2 Jenis PELABURAN EMAS & PERAK

Terdapat banyak jenis PELABURAN EMAS & PERAK yang boleh dipilih, hanya 2 sahaja yang paling mudah dilakukan dan kurang risiko.

PELABURAN EMAS & PERAK FIZIKAL

Kategori pilihan yang biasanya digunakan sebagai Pelaburan EMAS & PERAK.
1. Jongkong EMAS & PERAK  
2. Syiling EMAS & PERAK         
3. Barang Kemas & perhiasan.

AKAUN SIMPANAN EMAS & PERAK

Akaun Simpanan EMAS & PERAK yang disediakan oleh
1. Institusi Perbankkan
2. Public Gold International Bhd.

" Gold is money. Everything else is credit. "

J.P. Morgan, 1912

PENDAPAT PAKAR

Ramai pakar kewangan dan penganalisa pelaburan dalam dan luar negara menyatakan kepentingan menyimpan EMAS & PERAK sebagai Pelaburan alternatif

“Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.”


©jutawanemas.com

“Hutang banyak negara (termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Jepun) begitu banyak dan semakin menimbun. Apa yang mereka lakukan sekarang ialah dengan mencetak lebih banyak wang kerta. Semua ini akan berkesudahan dengan tragik - kemungkinan kemusnahan wang kertas dan keruntuhan sistem kewangan dan ekonomi dunia.


Fenomena ini sudah berlaku berkali-kali dalam sejarah dan nampak gayanya akan berulang lagi. Jadi emas yang anda miliki akan dapat melindungi anda daripada keruntuhan ini.”


©rahsiaemas.com

“Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.”

©zaharuddin.net

Laporan Berita TV9 - Pelaburan Emas di Malaysia

3 Kategori Pelabur EMAS & PERAK

PELABURAN EMAS & PERAK tidak menjana keuntungan dengan adanya faedah atau dividen bulanan/tahunan dan quantiti SIMPANAN tidak akan meningkat dengan sendirinya.  

PENYIMPAN

Kumpul & Simpan

Penyimpan menjadikan EMAS & PERAK sebagai salah satu jenis simpanan yang berjangkamasa ataupun bermatlamat. Samaada EMAS & PERAK fizikal mahupun Akuan SImpanan EMAS & PERAK. Penyimpan mengumpul secara berkala dan berhemah. EMAS & PERAK hanya dijual semula atau di Ar-Rahnu apabila sampai masa ataupun perlukan duit untuk dibelanjakan.

PENIAGA

Beli & Jual

Peniaga menjana keuntungan dengan melakukan proses jual beli EMAS & PERAK secara aktif. Peniaga EMAS & PERAK perlu memahami pergerakan harga pasaran dunia untuk memaksimumkan keuntungan. Analisis Teknikal & Fundamental perlu dipelajari dan difahami agar dapat membuat keputusan yang terbaik dalam melakukan jualbeli. Peniaga EMAS & PERAK biasanya dari golongan Penyimpan juga.

PELABUR

Membina Jaringan

Pelabur perlu mencari jaringan rakan niaga dan berniaga jualbeli EMAS & PERAK disamping membuat PELABURAN EMAS & PERAK sendiri. Cara ini boleh menjadikan pelabur mendapat pendapatan aktif dan pasif yang berterusan dan mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi.

KLIK UNTUK KONGSIKAN LAMAN WEB INI DENGAN RAKAN ANDA !!

KURANG JELAS? ATAU NAK KOMEN?

Hantarkan maklumbalas anda. Feedback yang membina akan dimasukkan kedalam website ini.

Sila hubungi saya di talian +60 19 - 97 999 19 sekiranya perlukan maklumat lanjut berkenaan semua Produk Public Gold. Anda boleh juga terus ke mana-mana 18 cawangan Public Gold di Malaysia & Singapura yang berdekatan dengan tempat anda.